Thursday, 1 November 2012

Revolusi Kek Halal (Bahagian 1)

Suautu ketika dahulu industri kek hanya dimonopoli oleh golongan bukan Islam. Namun begitu, sekarang kita digemparkan dengan kehadiran pengusaha kek oleh orang Islam semakin berkembang bagaikan satu ledakan revolusi kek halal sedang berlaku.

Ini merupakan suatu berita baik untuk semua Muslim terutamanya para penggemar kek. Keenakan kek yang dihasilkan oleh pengusaha Muslim tiada tolok bandingannya dengan kek-kek yang telah memonopoli industri kek di negara ini. 

Usaha untuk memperluaskan perniagaan dalam industri kek ini patut dipuji dan diberikan sokongan padu. Usaha ini diumpamakan sebagai suatu perjuangan agar umat Islam tidak lagi tertipu dengan perangkap samar yang menjerat sesuatu yang Allah syariatkan untuk kebaikan seluruh umat Islam.

Mengapakah kita sebagai seorang Muslim perlu menyokong usaha para pengusaha kek Muslim dalam berjuang untuk memperluaskan jaringan perniagaan kek mereka? Berikut merupakan pengakuan benar seorang bekas Chef di salah sebuah hotel di negara ini mengenai kek yang dijual dari pengusaha bukan Muslim (dipetik dari http://halalguide.org/Cara_Mengetahui_Kek_Yang_Mengandungi_Arak.html).

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian
Chef Farid

Membaca dari petikan tersebut, tidakkah timbul suatu tanda tanya di dalam fikiran anda...."Adakah aku telah memakan sesuatu yang haram dari sesuatu yang aku fikirkan ianya halal?".Marilah wahai umat Islam sekalian, berhati-hatilah dalam memilih apa yang anda makan kerana ia akan menjadi darah daging anda.

No comments:

Post a Comment