Pihak PhyUse Cake turut menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran. Kepada yang berminat sila hantarkan mesej anda ke nombor 0124849874.
Thursday, 22 November 2012
Fondant Engagement Cake
Kek fondant untuk Majlis Pertunangan Hana
Sweet n Simple sesuai dengan Hana yang Sweet n Simple. Harap-harap Hana suka kek ini.
Steam Buttercream Cake
Steam Buttercream Cake
Steam buttercream berbeza dengan buttercream icing dari segi kecantikannya apabila diaplikasikan ke atas kek dan juga rasanya lebih enak. Sekali pandang, kek yang diliputi steam buttercream ini kelihatan seperti kek fondant....lebih cantik kot...sebab ia kelihatan berkilat sikit...rasanya pun lebih sedap kalau nak banding dengan fondant yang 'lebih indah dari rasa'. Biasanya, kek steam buttercream lebih mahal berbanding kek buttercream icing yang biasa memandangkan teknik menyediakan dan mengaplikasikannya lebih rumit serta memerlukan kecekapan dan ketelitian. Namun, para pelanggan pasti berpuas hati dengan keenakan kek steam buttercream. Gambar kek steam buttercream Angry Bird ni, percubaan pertama saya ketika mengikuti kelas teknik steam buttercream oleh seorang Chef dari Kuala Lumpur. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat akan rasa steam buttercream kek yang sangat enak ni. Urmmmm...sedap sangat...sekali potong, lenyap sebijik kek dingap oleh budak-budak kat rumah...kalau budak-budak pun dah suka sangat...ini maknanya...urmmm...memang sedap. Bagi yang suka bakar kek sendiri di rumah, cubalah steam buttercream ini...konfem kejap je kek anda akan dingap oleh anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)