Sunday, 4 November 2012

Penggunaan Gelatin Dalam Kek Keju Tanpa Bakar

Kebanyakan kek keju tanpa bakar memerlukan gelatin. Di Malaysia serbuk gelatin senang diperolehi di mana-mana pasaraya. Kebanyakan gelatin yang dijual mendapat pengiktirafan status HALAL JAKIM. Oleh itu, penggemar kek keju tidak perlu risau. Mereka dapat menikmati kek keju kegemaran mereka tanpa was-was. Berikut merupakan video yang menunjukkan cara untuk melarutkan gelatin, dan gambar antara serbuk gelatin HALAL yang terdapat di pasaran:

 Jenama Nur...mudah didapati di MYDIN

Jenama HALAGEL...mudah didapati di GIANT

Cheese Cake

Oreo Cheese Cake

Revolusi Kek Halal (Bahagian 3)





SENARAI BADAN ISLAM YANG DIIKTIRAF 2012

Dipetik dari:  
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf  

Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.

Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut.

Sila klik link di bawah untuk senarai:

Dengan senarai tersebut, anda boleh memilih bahan-bahan yang benar-benar diyakini HALAL untuk membuat kek anda. Kebanyakan bahan-bahan kek diimport dari luar negara. Oleh itu, untuk mengelakkan dari membuat kek dari bahan yang tidak HALAL, rujukan ini amatlah berguna. Semoga para pengusaha kek halal atau sesiapa sahaja yang ingin membuat kek tidak lagi ragu-ragu.