Buttercream Roses Birthday Cake
PhyUse Cake
Friday, 28 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
Kek Perkahwinan
Kek Tiga Tingkat
PhyUse Cake turut menyediakan kek perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin dengan harga yang berpatutan. Kepada sesiapa yang berminat sila tinggalkan mesej anda di talian 012-4849874.
Thursday, 22 November 2012
Gubahan Hantaran
Pihak PhyUse Cake turut menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran. Kepada yang berminat sila hantarkan mesej anda ke nombor 0124849874.
Fondant Engagement Cake
Kek fondant untuk Majlis Pertunangan Hana
Sweet n Simple sesuai dengan Hana yang Sweet n Simple. Harap-harap Hana suka kek ini.
Steam Buttercream Cake
Steam Buttercream Cake
Steam buttercream berbeza dengan buttercream icing dari segi kecantikannya apabila diaplikasikan ke atas kek dan juga rasanya lebih enak. Sekali pandang, kek yang diliputi steam buttercream ini kelihatan seperti kek fondant....lebih cantik kot...sebab ia kelihatan berkilat sikit...rasanya pun lebih sedap kalau nak banding dengan fondant yang 'lebih indah dari rasa'. Biasanya, kek steam buttercream lebih mahal berbanding kek buttercream icing yang biasa memandangkan teknik menyediakan dan mengaplikasikannya lebih rumit serta memerlukan kecekapan dan ketelitian. Namun, para pelanggan pasti berpuas hati dengan keenakan kek steam buttercream. Gambar kek steam buttercream Angry Bird ni, percubaan pertama saya ketika mengikuti kelas teknik steam buttercream oleh seorang Chef dari Kuala Lumpur. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat akan rasa steam buttercream kek yang sangat enak ni. Urmmmm...sedap sangat...sekali potong, lenyap sebijik kek dingap oleh budak-budak kat rumah...kalau budak-budak pun dah suka sangat...ini maknanya...urmmm...memang sedap. Bagi yang suka bakar kek sendiri di rumah, cubalah steam buttercream ini...konfem kejap je kek anda akan dingap oleh anak-anak.
Sunday, 4 November 2012
Penggunaan Gelatin Dalam Kek Keju Tanpa Bakar
Kebanyakan kek keju tanpa bakar memerlukan gelatin. Di Malaysia serbuk gelatin
senang diperolehi di mana-mana pasaraya. Kebanyakan gelatin yang dijual
mendapat pengiktirafan status HALAL JAKIM. Oleh itu, penggemar kek keju
tidak perlu risau. Mereka dapat menikmati kek keju kegemaran mereka
tanpa was-was. Berikut merupakan video yang menunjukkan cara untuk melarutkan gelatin, dan gambar antara serbuk gelatin HALAL yang terdapat di
pasaran:
Jenama Nur...mudah didapati di MYDIN
Jenama HALAGEL...mudah didapati di GIANT
Subscribe to:
Posts (Atom)